FG Team Venture adalah sebuah syarikat milik penuh
bumiputera yang ditubuhkan pada 15 September 2014. Syarikat ini di miliki dan
didominasi oleh tenaga-tenaga muda yang mempunyai pengalaman yang luas dalam
bidang berkaitan kesihatan.
Bagi memperkukuh dan meluaskan lagi perniagaan, FG Team Venture telah bergabung dengan BH Multitrade Sdn Bhd, secara tidak langsung bernaung di bawah BH Multitrade Sdn Bhd yang sangat berpengalaman dalam bidang pemasaran dan juga agensi-agensi kerajaan.
Fokus utama syarikat adalah dalam bidang kesihatan dan memasarkan
alat kesihatan oksigen concentrator untuk kegunaan di rumah dan oksigen
concentrator yang mudah alih serta di bawa ke mana-mana. Syarikat juga akan
memberikan komitmen yang jitu bagi memenuhi kehendak dan permintaan
pelanggan-pelanggan.
Pihak syarikat juga sentiasa peka terhadap perubahan teknologi terkini dan akan cuba memahami dan menyesuaikan pengalaman yang ada bagi memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan-pelanggan.
Di dalam keadaan industri yang semakin membangun dan keadaan
kesihatan yang semakin terjejas, syarikat begitu komited dalam memenuhi
permintaan dan masalah daripada pelbagai pihak dan kami juga akan menjadi rakan
anda dalam pelbagai bidang dan juga menyediakan sebarang perundingan jika
diperlukan.
Perkembangan hubungan ini dan pemahaman antara pelanggan-pelanggan menjadi kunci kejayaan kami untuk menyumbangkan tenaga dan usaha kami untuk memberikan yang terbaik sepanjang perkhidmatan ini.

